Saturday, August 27, 2011

kad raya



Syawal bakal tiba...
Ramadan saya tinggalkan dengan rasa hiba -_-*

Malam tadi dapat kad raya dari kak bot...
Pagi ini baru bukak bace..


bf kak bot si abg cik pon masuk dlm kad raya nak bagi kat janet hahaha



Aktiviti petang weekend bukan bulan ramadan kami ialah
'berjogging'



ini adalah sebuah alasan bila sampai tasek kepong


dan yang paling akhir.... topik ini mesti menjadi topik utama
topik tengok pengantin ambil gambar kat tasek tuh....

Thursday, August 25, 2011

empat puluh enam




Happy birthday bunda yang ke empat puluh enam ;)

Semoga panjang umur, sehat & dirahmati hidupmu dunia & akhirat!

pst ;maaf bunda, anak kamu belom ngasik cucu lagik buat kamu hahaha

Thursday, August 11, 2011

kisah pelajar dari iraq

Terkejut dengar berita tengahari tadi..

Pelajar yang sebelum ini saya kenal dari Iraq namanya Ahmed Mohammed.
Pelajar ni dulu mase datang untuk buat visa pelajar pon dah saya
pikir pelbagai.. Negara yang dah ditumpaskan dan digulingkan oleh pihak
yang kuasanya terhad di Duniawi sahaja..Alasan untuk tidak ade Journey Perform iaituadalah sebab negara Iraq masih dalam perang, so embassy Malaysia masih belom boleh wujud akibat dari penggulingan Saddam Hussein.

*Journey Perform adalah hak pelajar utk mendapatkan kadar bayaran rendah terhadap ahli keluarga pelajar.. kalau tak ade cop Journey Perform tu kene bayaq rm650 utk setiap passport ahli kluarga yang nk buat visa dependent atas nama pelajar, ia hendaklah melalui malaysia embassy di negara pemohon*

Dan satu hari Ahmed Mohammad datang mohon bantuan, dengan menceritakan ttg isterinya yang bersalin di Hosp Kuala Lumpur, tapi bayi yang dilahirkan pra-matang iaitu tak ckup bulan.. mase tu 4bulan... dan komplikasi pada bayi. Isterinya juga terpaksa melahirkan bayi tersebut secara pembedahan.

Pihak pejabat saya telah berusaha mendapatkan bantuan..sebanyak 2ribu pada pelajar ini.. ini adalah sumbangan peribadi staff dan dari masjid UTM.. Saya telah diarah untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Zakat,
talian ke talian di jangkau.. akhirnya....
telah diberi arah ke satu yayasan yang telah ditubuhkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu YAYASAN THAQWA.

Setelah diolah surat supaya bersesuaiaan dengan permohonan, dihantar dan sebagaiamana yang dipinta... mengambil masa jugaklah... amatlah saya berdukacita dengan jawapan yang diberikan.. hanya rm 500.00 sahaja dapat diberikan oleh si pelajar ini....

Ya allah, keciwa saya dengar.. sbb sikit sangat.. kos rawatan dan bil nya subhannallah byk... beribu ringgit.. kasihanilah pelajar kami ni.. menuntut ilmu ni umpama berjihad jugak..

Memandangkan status pelajar ini warga asing, caj yang dikenakan amatlah mahal skali sebab pelajar ini kurang berkemampuan...yerlah nak bayar yuran satu hal, nak tanggung isteri, anak pulak lagi 2orang...

Dan yang paling sedih waktu tengahri tadi, dr bagi tau yang anak die yang kite mohon bantuan keewangan tu dah meninggaldunia.. last week..

Begitu terkesan dalam hati saya nih :(

Mungkin ini amat berat untuk seorang pelajar ni... pernah die nak menitis airmata sebab anak die ni.. waktu tu di hosp kl, saya, bos kecik n kak g pergi ziarah tgk keadaan bayi tu.. waktu tu 4 bulan...mungkin waktu meninggal ni dah usia 9bulan...

Mungkin ini ade hikmahnya..
dan pada saya.. amat terkesan..bersyukur jadi rakyat malaysia!
ade org byk dugaannya dan ade hikmah disebaliknya.. siapa tahu.. tapi die pon dah cube sedaye upaya, mungkin duit yang digunakan telah habis untuk menyelamatkan bayi tersebut (yang pada asalnya mungkin tidak terjangka perkara ini akan berlaku)
tapi kehendak tuhan siapa boleh ingkar...

boleh dgr lagu ni sambil dengar cerita ni
The Cranberries Animal Instinct

Saturday, August 6, 2011

Tanah yang suci!


Memori di Holy Land!

Tengok kaabah, teringat memori mengerjakan UMRAH.
tarikh tersebut 10/1 hingga 20/1 tahun 2009.
Kalau tengok kaabah mesti sayu, rasa macam semalam pergi.

Kalau dengar cerita orang ke tanah suci, teruja rasa.
Rasa nak duduk sana terus pun ada....
Perjalanan saya ke sana bersama bunda & adik.
Kami mengikuti pakej dari Andalusia travel & tours.

Sebelum nak buat umrah, kene pergi kursus dahulu.
Cukupkan ilmu dahulu, pergi ke sana bukan pergi dengan kosong.
Ilmu dalam buku pon boleh, tapi lebih afdol dengar dahulu
dari orang yang bertauliah sebab tak pernah jejak kan kaki
ke sana, so imaginasi tu tak sampai. Hendaknye di usia
24 tahun waktu itu.. darah mude beb.. sabar kene ada,
hati pun kene jaga..mulut pun kene jaga... semua tingkah laku
diperhatikan.

Bila dah sampai, baru boleh pikir oh mcam ni. oh mcm tu....
Lagi best kalau bace sirah nabi.. boleh lah merasai
macamane islam tu berkembang, islam itu dibangunkan,
perjuangan nabi masa zaman tu.....

KUL-JEDDAH
Hari pertama dan 4 hari di MADINAH MUNAWARAH,
dah jam 4,5 pagi... dari jeddah ke madinah ambil masa 4,5 jam.
Hotel kami betul2 dekat dengan pintu masuk jemaah perempuan.
Jalan kaki 5 minit dah sampai... Masa mule-mule tu mmg mengantuk
sebab tune tido dah lari.. tp kalau tertido dlm masjid tu, saya pikir
tido ibadat tu.. nama pon para tetamu.. nabi pon tahu, ummatnye ni
datang dari malaysia...8 jam duduk dalam flight...



nih lah mase kat masjid nabawi, mase ni nak pergi ziarah perkuburan baqi..
*ikut ustaz hj irwin dah ahli rombongan lain.


Sterusnya pakej yang kami ikut ni ada pulak pergi kawasan yang dinamakan
Mada'in Salleh.
Tempat ni ade lah dalam 2,3 jam dari Madinah.
Bermalam 1 malam.. ade lah pergi tgk kawasan
peninggalan kaum Tsamud
yang durhaka dan ingkar perintah allah.

Hari seterusnya, kami bertolak ke MEKAH
Sebelum ke Mekah, kene pergi BIR ALI. Pergi ke BIR ALI untuk pasang NIAT UMRAH.
Bila dah pasang NIAT UMRAH, kite pon kene lah BER-IHRAM.
Dah ihram, mula kan la Talbiah LABBAIKALLAH HUMA LABAIK LABBAKALAH SYARIKALALABAIK
Bir Ali di kawasan Madinah.. Maka bertolak la kami dari Bir Ali
ke Mekah menaiki bas selama 5 jam...
Sampai saja di Hotel, letak barang, terus jejakkan kaki ke MASJIDIL HARAM iaitu dalamnya terletak KAABAH.
*sape yang period, mmg kene pasang niat bersyarat kt bir ali, tp time tu lah kene jage-jage sbb dah niat, so awak tu maseh dlm ihram. Kalau dalam Ihram, kene jage rambut,aurat..

Bila sampai hotel, siap sedia nih nak jejakkan kaki ke kaabah.
Sampai satu saat.. ini lah hari pertama.. saat pertama ke rumah allah.
Sedih, sayu, gembira.. mcm-mcm perasaan muncul.. dan bile mata terpanah
dengan panahan pertama kaabah.. doa lah.. inilah doa paling mustajab,
saat pertama kali mata melihat kaabah.

dan bermula lah umrah pertama yang di ketuai ustaz hj irwin
yang berasal dari medan, indonesia.
Dah pandang kaabah, rasa tak nak pandang lain...
Tak henti, tak bekelip mata nih tgk kaabah..
Mule dengan doa.. tawaf 7 kali..
mase tawaf tu ade doa yang saya ikut buku, bace dlm BM.
Allah kan maha mengetahui, maha bijaksana.

Dah tawaf 7 kali, solat sunnat kt blakang makan ibrahim ni



*kalau dlm tv tgk ade mcm satu kawsan ade replika kecil
dalam tu ade bekas tapak kaki nabi ibrahim mase nk bina kaabah*

Lepas solat sunnat. Bergerak ke satu kawasan dalam masjidil haram..
Tak jauh dari situ.. nama tempat tu safa.

Dari safa itu la baca doa, niat untuk ber sa'ei....
Berjalan kaki ke marwah. 7 kali pusingan. Penghujung nya ialah di marwah.
Dan selepas itu bertahlul... iaitu gunting rambut.
Itu lah akhir ibadah UMRAH kali pertama iaitu untuk diri sendiri..

Umrah kedua pulak buat untuk arwah ayah.. Mohamad Ameri bin Omar

Kali ni pergi sendiri dengan kawan-kawan satu rombongan.
Sebelum pergi sendri, dah bagi tau ustaz.. dah ustaz pon
memberi petunjuk arah mana dan kemana....
Pergi naik bas tambang.
Tambang bas 2 riyal.
Naik bas sampai Tana'im. Kawasan ini adalah Tanah Halal yang
terdekat dgn Mekah..
Selepas solat sunat, pasang niat.
Bergerak semula ke Mekah, kali ini tak naik bas..
naik Van pulak
2riyal jugak.. tapi kali ni, duduk dalam van dengan muslimat
dari pakistan, dari negara lain yang sama-sama nk mengerjakan umrah..
Maka bertahmid lah kami dalam van tersebut... Timbul perasaan
seronok bertahmid dengan kaum muslimat dari negara lain. Ini pengalaman
berharga jugak bagi saya....


Setelah selesai mengerjakan umrah utk kali ke 2 tu... singgah tapaw
kabab daging sebungkus.. dan makan kt bilik..terus tido nyenyak!!

konklusinya mmg perlukan tenaga yang banyak utk mengerjakan umrah ni
Ini baru sikit, belum lagi HAJI.. kalau HAJI..humpp mmg kene ade tenaga
lebih lagi.. so saya pon mengambil iktibar.. betapa kuatnye semangat
pakcik,makcik, terutama arwah onyang yang pergi haji...
ya allah.. respectlah kekuatan mereka menunaikan umrah, haji..
Dan dari itu bermulalah niat saya untuk mengerjakan HAJI pada usia muda.
Insyallah!sekian sahaja, kongsi cerita perjalanan mengerjakan Umrah...
dari Norashikin bte Mohd Ameri
yang ketika itu berusia 24 tahun....
Terima kasih allah..
peluang itu muncul di saat usia sebegitu...
Mohon kuatkan iman menempuh dugaan dunia hebat nih!

Friday, August 5, 2011

Malam ke limo teraweh ramodan :)

#Ini lah mee soup sumbangan si polan bin si fulan
#tak sure nama sape kt board sumbangan moreh masjid kg nakhoda tu.













#kabur sebab tak tahu nape
#teh o suam
-Solosai-

malam ke limo teraweh ;
moreh teh o suam-suam siku
& meehon soup tulang dagiang


kate saya ; 'pakcik, cedok dalam sikik, nak dagiang tu'

bertigo kami mkn mee hoon soup sambil berburak kek mejo
kantin sekolah agama masjid kg nakhoda tu...
berborak bukan ape, pasal teh tarik kaw dah
tak ade lagi tahun ni @_@

esok tak pergi kot, cik rozy tiger nk poie jln tar
ngan kelly osbon..


end *.*

semusim

sekarang ni musim nyanyi dalam you tube, tak payah nk pergi gig lagi......


sekarang ni musim najwa latiff & tasnem tu eh? haha sangat saya tertinggal +_+
saya ingat yuna je..

Ini semua bakat terpendam.. mane tau nnt femes mcm zee avi :)




Ini suara boleh tahan sedap...
tp yang seorang lagi ni...
(cantek orgnye, kalau boleh pergi ke bidang lakonan lah dik yer)
akak ni fans setia LA LUNA..
aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii -____-*





Walauapapun, kalian menghiburkan.

Friday, July 29, 2011

Random Ramadan.

Kalau dengar ceramah mesti ada sebut ayat ni
Mungkin ini Ramadan yang akhir sekali. mungkin ke tiga akhir
ke empat akhir, ke lima tahun akhir.. syiapa tahu kan..

Kalau saya sebagai hamba saya ;
Mohon kali ini ditambah iman,
makin hari rasa iman nipis.

sebab selalu ada zina pada mata,
ada tompok dlm hati.

Thaqwa yang saya cari..
Mohon kukuhkan liang roma hati
sebab hati lah yang paling susah dijaga.
Selain mulut dan telinga
yang selalu membuta mengata
yang selalu membuta mendengar hal yang kotor.

Dulu ada rasa mcm 80% iman itu tinggal
tapi sekarang rasa 30% iman tinggal
kenapa kurang............................
Kalau top up iman mesti saat hadap kematian,
Kematian depan mata. Saat itu ternyata tiada apa yang tinggal.

Kalau di bicara sama orang
Menyatakan hidup ini harus di adili dengan saksama
dunia mahupun akhirat
Tapi mampukah kawan...
kadang terlebih dunia
sampai kufur nikmat karunia
kadang terlebih akhiratnya
sampai terlupa masyarakatnya, keluarganya.

Semoga ramadan ini lebih baik dikerjakan dari ramadan yang lalu,
Diberi peluang.. guna kan dengan sebaik mungkin.

In age 25, jika di beri peluang umur yang panjang
masih jauh lagi perjalanan
kalau rasa nak permudah semua jalan.. ini la masanya
Berdoa waktu ramadan dengan bersungguh2
jangan putus asa..
Paling dinanti malam 7 akhir..
Tak sama macam malam-malam lain kawan
Time ni la nak mintak macam-macam ngan sang pencipta

Oklah, Selamat menjalani Ibadah Puasa
Juadah berbuka jgn lupa dimulakan dengan kurma ye ;p

Wednesday, July 27, 2011

RASA! RASA! RASA!

Pembuka kata
Kalau tak ada angin yang bertiup, masakan pokok bergoyang.
Kalau tak ada angin bergoncang, masakan hati jadi pincang.



Siapa kita manusia
Yang sudah ditulis semuanya
Yang diberi semuanya
Yang telah diberikan jalan mudah tapi masih mencari jalan susah
Yang telah diberikan kesenangan tapi masih belum rasa senang
Susah betul kadang nak rasa nikmat syukur.

Kalau merasa diri sendiri lebih dari orang lain, rasa menang dalam hati.
Akulah JUARA.

Kalau merasa diri lebih kurang dari orang lain?
Ada rasa apa? LOOSER.

Kalau diri rasa hebat, maka hebat la kamu dari pencipta bukan
Kalau diri rasa hebat, maka tidaklah kamu berada di tempat kamu sekarang
Mungkin di tempat tinggi yang kamu rasa diri kamu selayaknya disitu

Setiap manusia ada jalan hidupnya
Tak perlu menitik kira semua yang perlu ada pada orang lain
Setiap manusia ada cara hidupnya
Tak perlu menitik kira semua yang kamu ada dan orang itu ada
Setiap manusia ada cara didikannya
Tak perlu menitik soal pelbagai
Hingga akhirnya kamu merosakan hati kamu sendiri.....



SEBAB EMOSI




ups ; Segalanya malam ini di akhiri dengan saya budak baru belajar.
Belajar mahu menulis blog. Maaf jika segala kekurangan ketika membacanya...

Sunday, July 17, 2011

memori



Saya selongkar laci, saya jumpa ini.

Dan saya teringat satu waktu dulu, saya budget nak main gitar, nak cari future husben rockstar.

saya beli dan ade yang collect pic gitar dari concert yang saya attend
*kemain lagi mase tu kan*

Mase zaman tu, hip duduk lepak bukit bintang, pergi makan kat foodcourt rooftop central market lepas balik tuisyen.

dan yang pasti saya penggemar tegar shiela on 7 dan beberapa kumpulan lain.


pst;
Name Tag yang putih tuh mase
SEKOLAH MEN PUTERI WILAYAH, KG BARU


Name Tag kuning tu mase
SEKOLAH MEN TAMAN SELAYANG


Name tag Hitam tu mase
NATIONAL SERVICE kt UKM & CAMP ULU PARI, N9

Wednesday, June 29, 2011

Harga diri, Harga barang & Harga negara

Assalamualaikum pembuka bicara

Panggilan untuk memberi pendapat dari diri sendri ttg apa yang terjadi sejak akhir-akhir ini.

*Kepentingan diri sendiri

Pihak kiri & kanan masing masing berkepentingan diri sendiri. kita rakyat terhimpit, sampai sudah tak habis cerita ttg keperitan kita.

*Jimat cermat cara mereka
Jimatkan elektrik, jimatkan kos makanan, jimatkan semua segala... lastly, kau naik flight business class.. kalau kau nk jimat, kau naik economy class. Yes you deserve to get the priority, but during this moment nk berjimat, kau juga kene berjimat... naik kretapi pon kau kene sanggup, demi rakyat kan. teristimewa buat mereka yang suke buat aktiviti claim sane sini. claim baju panas bagai, kalau duit dah byk.. tak payah la claim, halal saje. bukan kah lebih mulia.. kasihanilah pekerja bawahan yang menagih gaji dengan membayar hutang...Kau makan makanan hotel, beribu-ribu ringgit dilaburkan hanya utk beberapa jam.. kenapa tidak buat ala kadar sahaja, kate kepada kami berjimat. nah sekarang kau juga harus berjimat!!!


*Jangan sampai Negara tidak aman & tergadai
Segala yang terjadi tanpa kita sedari, jangan sampai negara kita di lingkari dengan Komunis. Ingat, dulu kita terlepas dengan SINGAPURA, skrg.. jangan sampai pulau pinang,perak,selangor,johor.... Lingkaran itu lah yang saya takutkan, dalam pada kesempatan sebok hendak itu ini.. negeri tergadai. Mereka gembira tgk kita bersengketa sesama kita. Mana harga diri kita sampai negeri tergadai.


*Barang dari hari ke hari berbeda harga
Harga makanan, harga barang.. semua naik. Mengambil kesempatan adalah konsepnya. Rakyat juga terhimpit. Kalau ditanya pada mereka.. kita selalu disuap.
Di suap dengan subsidi...


*Saya sayangkan Negara saya iaitu MalaysiaBerdasarkan pekerjaan saya, bersyukur itu adalah wajib jadi anak melayu Malaysia.
Beribu manusia mahu tinggal di Malaysia.. sanggup buat apa saja tinggal disini. Belajar, bekerja dan ada juga yang berniaga disini.. Kenapa kita disini tak bangga tinggal disini. Kadang-kadang terfikir, kenapa mereka harus disini dengan terlalu ramai.. Sebab disini semuanya ada. Tinggal kita saja yang tak menghargainyakan....


Nah, pendapatnya disini politik itu kotor.
dan saya dah katakan pada Cikgu di Biro Tata Negara. Politik Kotor.

Tuesday, April 26, 2011

Bermula dari hati, dan terus kan jalan dengan berhati-hati.

Semua bermula dari penulisan yang di baca,
Terus ke hati memutar kan ke arah mana.. ke arah yang + atau -

Kata-kata yang di tulis dalam laman sosial ni adalah satu hak yang tidak berbayar, hanya memerlukan jari untuk menaip. Kesakitan mata dan hati datang dari tulisan kite yang meluahkan segala-galanya yang mungkin kita pon tak pasti pada mase itu
apa yang aku tulis nih? orang semua bace.. dan memang ikot emosi kan? dan orang yang bace, kalau rase tak mau bace hide. jangan pulak di iktiraf orang tersebut menunjuk-nunjuk
*unless mmg org tu macam tu jenisnya.. sejak kau kenal sebelom dari fb lagi die memang begitu, kenal pon baru setaun jagung pon belum sudah mahu iktiraf begitu*


Dari situ kite dah tahu orang nya bagaimana, hatinya, kata-katanya... dan orangnya bagaimana betul tak? haha

Nawaitu untuk menulis adalah penting... some of topik hanya memaklumkan apa yang terjadi, apa yang berlaku, dan kadang info buat kawan-kawan yang jauh di mata.. jadi di FB nih la mendekatkan lagi kawan-kawan di hati...

bagi tak tersilap langkah untuk bergaduh atau bermasam muke... parah akibatnya.

Thursday, April 21, 2011

bosanova mase meeting






Aku ade masalah dengan tangan mase meeting.
mase meeting mesti dengar apa bos cakap... tapi aku?
lebih gemar mengilustrasi rasa boring dalam meeting dengan lukisan ini.
Dengar bos cakap, dengar-dengar.. tapi..
Idea kamu yang mude nih jangan la h kamu persia-sia kan..
sebab ade setengah bos tak mau terima pendapat kamu, yer lah..
kamu kerja macam dah 100 tahun kan..
nak dengar pendapat kamu, halah-halah...
tahap mana dah kamu tu..
Hakikatnya ialah kamu anak muda. Keputusan kamu juga muda.
ah tak ade mengena. ok merapu dah ni. see ya~

Wednesday, March 16, 2011

sabar.

Manusia ada tahap kesabaran masing-masing.
Manusia ada pembahagian kesabaran.
Manusia tak boleh salahkan takdir.
Manusia tak boleh mengeloh.
Manusia.. sentiasa tak berpuas hati.
Manusia.. selalu berpikiran hebat dari orang lain.
Manusia.. selalu mencari kesalahan orang lain.
Manusia.. selalu membuat pertikaian.
Manusia.. selalu membuat perbandingan.
Manusia.. selalu mencari sesuatu yang tak pasti.
Manusia.. selalu buta dengan hati.
Manusia.. selalu mengambil kesempatan terhadap manusia lain.
Manusia.. selalu pentingkan diri.
Manusia.. selalu tak mengaku kesalahan diri.



Manusia.. selalu tak bersyukur.
Manusia.. selalu mencari alasan.
Manusia.. selalu mencari balasan.
Manusia.. selalu tak fikir tentang orang lain.
Manusia.. selalu fikir negatif.
Manusia.. selalu nak yang terbaik, tapi tak lah dapat sebaik manapun.
Manusia.. selalu iri hati.
Manusia.. selalu menjadi lemah dihadapan org bodoh tanpa disadari.
Manusia.. selalu menjadi pandai dihadapan org bodoh tanpa disadari.

Sunday, March 6, 2011

lalu dan terus berlalu...

kalau lihat gambar lame2 mesti teringat kenangan lalu...

kenangan sekolah rendah
kenangan sekolah menengah
kenangan habis sekolah....
kenangan mase study di iic...

ok meh cite pasal zaman habis sekolah. Habis skolah pergi PLKN...
Mase tengah tunggu result SPM. Kenangan tak boleh lupe..

Budget nak hantar borang UPU secara sendiri... mase tuh zaman dah layak amik lesen kereta, lesen motor... Memandangkan mas alinda a.k.a mas joko dah dpt lesen kereta... nak suh lah die tes power bawak kereta..haha
die lah org pertama dlm gank kami dpt lesen kereta.. second baru peah, sbb peah tak pas exam bukit.. haha ho lawok mase tu eh...Kami (aku,joko n joyah) plan lah.. tenghari rembang nih pinjam kereta bpk mas (arwah cik ben)
we call it 'Ferari' sbb kaler warna merah...

mcm ni la kereta arwah cik ben yg kami pinjam nk ke pejabat upu kt damansara tu..



So kamipun bertiga naik la kereta tu, 1st journey kami pi stesen minyak petronas kat pasar borong... wahh dlm kereta masing2 dah retro fesyen.. bangga ah nek kreta tu dgn tampal 'P' bagai...dah isi minyak.. si mas pon nk buatla unduran, undur punye undur.. bunyi satu hentaman kecil dr blakang... mas terlanggar kereta proton aerobex sorg amoi nih. ah sudah... mas pon kluar dgn kaki ayam dr sit pemandu.. menggigil la.. tgk-tgk ade dpt calaran kt kereta amoi tu.. amoi tuh amik no phone. no i.c.
cuak ah kami mase tuh.. ok pasciter tuh setel, kitorg pun tekad teruskan perjalanan
ke area selayang mall..

Kenyamanan kami menaiki kereta arwah cik ben, tk boleh lupe sampai bila-bila...
Sampai je kat depan hosp selayang.. joyah a.k.a ezura merasakan sesuatu tak kena..
Bau hangit.
Mane datang bau hangit nih... pastu bile kitorg semua dah bau... kitorg tgk dah kluar asap tebal kt blakang kereta.. ah sudah.
Asap ape kluar dr blakang kereta nih... pelik.
Sebab takut apa-apa jadi. kami park je kt tepi bus stand kt depan selayang capitol. cabot pokok kt situ. kami letak kt blakang kereta, almaklum baru blajar memandu... so tau lah mempraktikan cara-cara yang perlu kalau kereta rosak di tepi jalan.
Kami pon biarkan kereta tu kt tepi. masuk dlm selayang capitol, rehat-rehat dulu..cuaca pon panas mase tuh...ade lah dalam 2 jam tak silap..

Ok time to move on, keputusan telah di ambil, tak payah pergi lah damansara tuh... incase ape-ape jadi kt jalan raya takut plak.. kitorg pon balik la... humph..
Lastly balik la kami... dan pengajaran dari hari itu adalah...
Mase memandu, jangan lupa turunkan handbreak... nnt kereta kluar asap. sekian

Saturday, January 29, 2011

30.1.2008


Alfatihah buat ayah.
Muhammad Ameri bin Omar
4 Nov 1962-30.1.2008 = 25 Muharam

Hari ini 29.1.2010. Esok 30.1.2010. Ada beza tak?
Tarikh selalu terpahat dengan sesuatu yang istimewa dengan manusia.
Hari ini, wan sakit pinggang seblah kanan.. dah 2 hari. Wan minta dibawa ke hosp selayang.. haish. Wad kecemasan Hosp selayang yang esoknya mmg terpahat dlm ingatan. Hari ini datang dengan mohon di ingatkan semula kisah itu.

Pagi 30.1.2008
Seperti kebiasaan selepas pulang waktu buat kerja part time kt GSC The Garden, aku mmg tk solat tidur mmg overdos. Ini Rutin.
Pagi tersebut, mak aku kejut
"kin, kin... bangun... jom pergi hospital. Ayah accident"
Ok dengan tak mandi (mmg habit trus bangun tido. tk basuh muke, trus amik kunci kreta. drive dengan steady) ok mase dlm kereta bace doa byk2. dgn bayangan ayah ok kot. Mungkin cedera biase je. Jatuh motor je.
Tibe depan wad kecemasan, drop wan, adik n bunda. Lepas cari parking, carik pulak bunda kt area aku drop diorg tadi. Depan pintu tu jumpe bunda dah nangis-nangis cakap
"kin, ayah dah tak ade kin" mase tu perut aku mcm nak terburai kt depan doktor yang bagi tau bunda tu.
Dan lokasi wad kecemasan menjadi saksi semua itu. Dari wad tu, kami di bawa ke bahagian forensic untuk pengecaman mayat.

Dan disitu lah aku jumpe ayah terbujur kaku dengan uniform kerja.
Dan disitu lah aku jumpe wan usu, terus peluk wan usu..
Polis datang rumah wan usu jam 5.00pagi sebab alamat di IC ayah adalah alamat rumah wan usu di Kg Sungai Tua, dan meminta wan usu datang ke hospital untuk membuat pengecaman mayat ayah. Dan wan usu yang menyuruh jiran die dtg rumah aku bagi tau kt bunda pergi hospital dengan menyatakan ayah accident sahaja.

Keadaan panik. Aku terus terlintas kawan-kawan ayah yang mungkin sedang tunggu ayah di tempat di mana dia bertugas. Orang pertama yang aku call, uncle rosli. Menggigil aku mase tu. Terkejut. Perasaan yang tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi saksi betapa luluhnya hati, bila orang yang memberi duit untuk makan & minum, beli baju, beli top up, beli itu ini, memberi aku sekolah sampai pandai la. Macamane ni.

Dan dari situ aku di beritahu oleh yang mencipta.
Dunia hanya tempat untuk apa?
Terima kasih ya allah sebab dari situ kehidupan baru telah bermula.
Waktu tersebut jatuh pada bulan Muharam, bulan Hijrah.
Berhijrah lah aku pada waktu itu sehingga kini, dan
aku mohon supaya allah kuatkan iman & taqwa ku sepanjang aku bernafas.
Dan yang telah tertulis dalam al-quraan mengenai anak yatim
dan perempuan-perempuan yang telah ditinggalkan suami buat selama-lanya.
Bukan mudah. Dugaannya hebat. Sehebat pahala yang telah diberikan oleh allah.

Kepada ayah yang tercinta.. mohon ampun & maaf
wan, adik n mak dalam jagaan dan amanah ku baik-baik sahaja.

Thursday, January 13, 2011

Jalan Akhir.

Assalamualaikum...

Pada suatu malam... aku dan mak terfikir benda yang sama... iaitu mati. Ngeri kalau org dengarkan... tapi ini kisah yang dikongsi untuk semua. Kisah yang dilalui sepanjang 3 tahun ini, since 2008 til this early 2011.

*In begin of 2008..on 30 Jan.. Ayah meninggal akibat kemalangan di Jalan Kucing*

* In 2009 arwah cik mahyuh our moyang neighbourhood.

* In 2010 February : arwah wan alang. 1 week after... anak sulung die.. kazen arwah ayah. Namanya cik midah... akibat kancing gigi.

* In 2010 March : arwah cu (Tumpah darah mase bersalinkan Dania Aqilah) few weeks after arwah cik midah....so dlm bulan tuh 3 kematian sekaligus...

* In 2010 jugak bulan 5 tak silap... arwah tok long.. bpk saudara arwah ayah.

* 11.1.2011 arwah abg lan (serangan jantung) sepupu arwah ayah yang paling rapat.

Kematian seolah dekat sangat dengan kami. Saat dimandikan. Saat dikafankan.
Ya allah.. tiada kata yang mampu diucapkan kepada mu... betapa sayangnya allah terhadap kami yang maseh bernyawa ini untuk bertaubat dan mengingati betapa hidup tidak untuk selama-lanya. Hidup hanya satu perjalanan singkat. Hidup pelbagai dugaan dengan pelbagai ragam dan kisah manusia yang lain. Hidup hanya cintakan satu. Harta bukan datang dari manusia. Rezeki, ajal maut dan jodoh itu sudah tertulis oleh allah swt. Kita berdoa dan berusaha. Tak selayaknya kita mengarahkan tuhan yang mencipta kita untuk berbuat itu dan ini.

Kesan ini amat terdalam....*end*