Terkejut dengar berita tengahari tadi..
Pelajar yang sebelum ini saya kenal dari Iraq namanya Ahmed Mohammed.
Pelajar ni dulu mase datang untuk buat visa pelajar pon dah saya
pikir pelbagai.. Negara yang dah ditumpaskan dan digulingkan oleh pihak
yang kuasanya terhad di Duniawi sahaja..Alasan untuk tidak ade Journey Perform iaituadalah sebab negara Iraq masih dalam perang, so embassy Malaysia masih belom boleh wujud akibat dari penggulingan Saddam Hussein.
*Journey Perform adalah hak pelajar utk mendapatkan kadar bayaran rendah terhadap ahli keluarga pelajar.. kalau tak ade cop Journey Perform tu kene bayaq rm650 utk setiap passport ahli kluarga yang nk buat visa dependent atas nama pelajar, ia hendaklah melalui malaysia embassy di negara pemohon*
Dan satu hari Ahmed Mohammad datang mohon bantuan, dengan menceritakan ttg isterinya yang bersalin di Hosp Kuala Lumpur, tapi bayi yang dilahirkan pra-matang iaitu tak ckup bulan.. mase tu 4bulan... dan komplikasi pada bayi. Isterinya juga terpaksa melahirkan bayi tersebut secara pembedahan.
Pihak pejabat saya telah berusaha mendapatkan bantuan..sebanyak 2ribu pada pelajar ini.. ini adalah sumbangan peribadi staff dan dari masjid UTM.. Saya telah diarah untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Zakat,
talian ke talian di jangkau.. akhirnya....
telah diberi arah ke satu yayasan yang telah ditubuhkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu YAYASAN THAQWA.
Setelah diolah surat supaya bersesuaiaan dengan permohonan, dihantar dan sebagaiamana yang dipinta... mengambil masa jugaklah... amatlah saya berdukacita dengan jawapan yang diberikan.. hanya rm 500.00 sahaja dapat diberikan oleh si pelajar ini....
Ya allah, keciwa saya dengar.. sbb sikit sangat.. kos rawatan dan bil nya subhannallah byk... beribu ringgit.. kasihanilah pelajar kami ni.. menuntut ilmu ni umpama berjihad jugak..
Memandangkan status pelajar ini warga asing, caj yang dikenakan amatlah mahal skali sebab pelajar ini kurang berkemampuan...yerlah nak bayar yuran satu hal, nak tanggung isteri, anak pulak lagi 2orang...
Dan yang paling sedih waktu tengahri tadi, dr bagi tau yang anak die yang kite mohon bantuan keewangan tu dah meninggaldunia.. last week..
Begitu terkesan dalam hati saya nih :(
Mungkin ini amat berat untuk seorang pelajar ni... pernah die nak menitis airmata sebab anak die ni.. waktu tu di hosp kl, saya, bos kecik n kak g pergi ziarah tgk keadaan bayi tu.. waktu tu 4 bulan...mungkin waktu meninggal ni dah usia 9bulan...
Mungkin ini ade hikmahnya..
dan pada saya.. amat terkesan..bersyukur jadi rakyat malaysia!
ade org byk dugaannya dan ade hikmah disebaliknya.. siapa tahu.. tapi die pon dah cube sedaye upaya, mungkin duit yang digunakan telah habis untuk menyelamatkan bayi tersebut (yang pada asalnya mungkin tidak terjangka perkara ini akan berlaku)
tapi kehendak tuhan siapa boleh ingkar...
boleh dgr lagu ni sambil dengar cerita ni
The Cranberries Animal Instinct
Sedihnyaaa.. :(
ReplyDelete