Saturday, January 29, 2011
30.1.2008
Alfatihah buat ayah.
Muhammad Ameri bin Omar
4 Nov 1962-30.1.2008 = 25 Muharam
Hari ini 29.1.2010. Esok 30.1.2010. Ada beza tak?
Tarikh selalu terpahat dengan sesuatu yang istimewa dengan manusia.
Hari ini, wan sakit pinggang seblah kanan.. dah 2 hari. Wan minta dibawa ke hosp selayang.. haish. Wad kecemasan Hosp selayang yang esoknya mmg terpahat dlm ingatan. Hari ini datang dengan mohon di ingatkan semula kisah itu.
Pagi 30.1.2008
Seperti kebiasaan selepas pulang waktu buat kerja part time kt GSC The Garden, aku mmg tk solat tidur mmg overdos. Ini Rutin.
Pagi tersebut, mak aku kejut
"kin, kin... bangun... jom pergi hospital. Ayah accident"
Ok dengan tak mandi (mmg habit trus bangun tido. tk basuh muke, trus amik kunci kreta. drive dengan steady) ok mase dlm kereta bace doa byk2. dgn bayangan ayah ok kot. Mungkin cedera biase je. Jatuh motor je.
Tibe depan wad kecemasan, drop wan, adik n bunda. Lepas cari parking, carik pulak bunda kt area aku drop diorg tadi. Depan pintu tu jumpe bunda dah nangis-nangis cakap
"kin, ayah dah tak ade kin" mase tu perut aku mcm nak terburai kt depan doktor yang bagi tau bunda tu.
Dan lokasi wad kecemasan menjadi saksi semua itu. Dari wad tu, kami di bawa ke bahagian forensic untuk pengecaman mayat.
Dan disitu lah aku jumpe ayah terbujur kaku dengan uniform kerja.
Dan disitu lah aku jumpe wan usu, terus peluk wan usu..
Polis datang rumah wan usu jam 5.00pagi sebab alamat di IC ayah adalah alamat rumah wan usu di Kg Sungai Tua, dan meminta wan usu datang ke hospital untuk membuat pengecaman mayat ayah. Dan wan usu yang menyuruh jiran die dtg rumah aku bagi tau kt bunda pergi hospital dengan menyatakan ayah accident sahaja.
Keadaan panik. Aku terus terlintas kawan-kawan ayah yang mungkin sedang tunggu ayah di tempat di mana dia bertugas. Orang pertama yang aku call, uncle rosli. Menggigil aku mase tu. Terkejut. Perasaan yang tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi saksi betapa luluhnya hati, bila orang yang memberi duit untuk makan & minum, beli baju, beli top up, beli itu ini, memberi aku sekolah sampai pandai la. Macamane ni.
Dan dari situ aku di beritahu oleh yang mencipta.
Dunia hanya tempat untuk apa?
Terima kasih ya allah sebab dari situ kehidupan baru telah bermula.
Waktu tersebut jatuh pada bulan Muharam, bulan Hijrah.
Berhijrah lah aku pada waktu itu sehingga kini, dan
aku mohon supaya allah kuatkan iman & taqwa ku sepanjang aku bernafas.
Dan yang telah tertulis dalam al-quraan mengenai anak yatim
dan perempuan-perempuan yang telah ditinggalkan suami buat selama-lanya.
Bukan mudah. Dugaannya hebat. Sehebat pahala yang telah diberikan oleh allah.
Kepada ayah yang tercinta.. mohon ampun & maaf
wan, adik n mak dalam jagaan dan amanah ku baik-baik sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alya says: sabar byk2 ye kin.aku rase ape kau rase.masuk 8 feb 2011 ni, dah 13 tahun arwah ayah aku tinggalkan aku. sabar k..
ReplyDelete