Saturday, January 29, 2011

30.1.2008


Alfatihah buat ayah.
Muhammad Ameri bin Omar
4 Nov 1962-30.1.2008 = 25 Muharam

Hari ini 29.1.2010. Esok 30.1.2010. Ada beza tak?
Tarikh selalu terpahat dengan sesuatu yang istimewa dengan manusia.
Hari ini, wan sakit pinggang seblah kanan.. dah 2 hari. Wan minta dibawa ke hosp selayang.. haish. Wad kecemasan Hosp selayang yang esoknya mmg terpahat dlm ingatan. Hari ini datang dengan mohon di ingatkan semula kisah itu.

Pagi 30.1.2008
Seperti kebiasaan selepas pulang waktu buat kerja part time kt GSC The Garden, aku mmg tk solat tidur mmg overdos. Ini Rutin.
Pagi tersebut, mak aku kejut
"kin, kin... bangun... jom pergi hospital. Ayah accident"
Ok dengan tak mandi (mmg habit trus bangun tido. tk basuh muke, trus amik kunci kreta. drive dengan steady) ok mase dlm kereta bace doa byk2. dgn bayangan ayah ok kot. Mungkin cedera biase je. Jatuh motor je.
Tibe depan wad kecemasan, drop wan, adik n bunda. Lepas cari parking, carik pulak bunda kt area aku drop diorg tadi. Depan pintu tu jumpe bunda dah nangis-nangis cakap
"kin, ayah dah tak ade kin" mase tu perut aku mcm nak terburai kt depan doktor yang bagi tau bunda tu.
Dan lokasi wad kecemasan menjadi saksi semua itu. Dari wad tu, kami di bawa ke bahagian forensic untuk pengecaman mayat.

Dan disitu lah aku jumpe ayah terbujur kaku dengan uniform kerja.
Dan disitu lah aku jumpe wan usu, terus peluk wan usu..
Polis datang rumah wan usu jam 5.00pagi sebab alamat di IC ayah adalah alamat rumah wan usu di Kg Sungai Tua, dan meminta wan usu datang ke hospital untuk membuat pengecaman mayat ayah. Dan wan usu yang menyuruh jiran die dtg rumah aku bagi tau kt bunda pergi hospital dengan menyatakan ayah accident sahaja.

Keadaan panik. Aku terus terlintas kawan-kawan ayah yang mungkin sedang tunggu ayah di tempat di mana dia bertugas. Orang pertama yang aku call, uncle rosli. Menggigil aku mase tu. Terkejut. Perasaan yang tak boleh di ungkapkan dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi saksi betapa luluhnya hati, bila orang yang memberi duit untuk makan & minum, beli baju, beli top up, beli itu ini, memberi aku sekolah sampai pandai la. Macamane ni.

Dan dari situ aku di beritahu oleh yang mencipta.
Dunia hanya tempat untuk apa?
Terima kasih ya allah sebab dari situ kehidupan baru telah bermula.
Waktu tersebut jatuh pada bulan Muharam, bulan Hijrah.
Berhijrah lah aku pada waktu itu sehingga kini, dan
aku mohon supaya allah kuatkan iman & taqwa ku sepanjang aku bernafas.
Dan yang telah tertulis dalam al-quraan mengenai anak yatim
dan perempuan-perempuan yang telah ditinggalkan suami buat selama-lanya.
Bukan mudah. Dugaannya hebat. Sehebat pahala yang telah diberikan oleh allah.

Kepada ayah yang tercinta.. mohon ampun & maaf
wan, adik n mak dalam jagaan dan amanah ku baik-baik sahaja.

Thursday, January 13, 2011

Jalan Akhir.

Assalamualaikum...

Pada suatu malam... aku dan mak terfikir benda yang sama... iaitu mati. Ngeri kalau org dengarkan... tapi ini kisah yang dikongsi untuk semua. Kisah yang dilalui sepanjang 3 tahun ini, since 2008 til this early 2011.

*In begin of 2008..on 30 Jan.. Ayah meninggal akibat kemalangan di Jalan Kucing*

* In 2009 arwah cik mahyuh our moyang neighbourhood.

* In 2010 February : arwah wan alang. 1 week after... anak sulung die.. kazen arwah ayah. Namanya cik midah... akibat kancing gigi.

* In 2010 March : arwah cu (Tumpah darah mase bersalinkan Dania Aqilah) few weeks after arwah cik midah....so dlm bulan tuh 3 kematian sekaligus...

* In 2010 jugak bulan 5 tak silap... arwah tok long.. bpk saudara arwah ayah.

* 11.1.2011 arwah abg lan (serangan jantung) sepupu arwah ayah yang paling rapat.

Kematian seolah dekat sangat dengan kami. Saat dimandikan. Saat dikafankan.
Ya allah.. tiada kata yang mampu diucapkan kepada mu... betapa sayangnya allah terhadap kami yang maseh bernyawa ini untuk bertaubat dan mengingati betapa hidup tidak untuk selama-lanya. Hidup hanya satu perjalanan singkat. Hidup pelbagai dugaan dengan pelbagai ragam dan kisah manusia yang lain. Hidup hanya cintakan satu. Harta bukan datang dari manusia. Rezeki, ajal maut dan jodoh itu sudah tertulis oleh allah swt. Kita berdoa dan berusaha. Tak selayaknya kita mengarahkan tuhan yang mencipta kita untuk berbuat itu dan ini.

Kesan ini amat terdalam....*end*