Saturday, August 27, 2011

kad raya



Syawal bakal tiba...
Ramadan saya tinggalkan dengan rasa hiba -_-*

Malam tadi dapat kad raya dari kak bot...
Pagi ini baru bukak bace..


bf kak bot si abg cik pon masuk dlm kad raya nak bagi kat janet hahaha



Aktiviti petang weekend bukan bulan ramadan kami ialah
'berjogging'



ini adalah sebuah alasan bila sampai tasek kepong


dan yang paling akhir.... topik ini mesti menjadi topik utama
topik tengok pengantin ambil gambar kat tasek tuh....

Thursday, August 25, 2011

empat puluh enam




Happy birthday bunda yang ke empat puluh enam ;)

Semoga panjang umur, sehat & dirahmati hidupmu dunia & akhirat!

pst ;maaf bunda, anak kamu belom ngasik cucu lagik buat kamu hahaha

Thursday, August 11, 2011

kisah pelajar dari iraq

Terkejut dengar berita tengahari tadi..

Pelajar yang sebelum ini saya kenal dari Iraq namanya Ahmed Mohammed.
Pelajar ni dulu mase datang untuk buat visa pelajar pon dah saya
pikir pelbagai.. Negara yang dah ditumpaskan dan digulingkan oleh pihak
yang kuasanya terhad di Duniawi sahaja..Alasan untuk tidak ade Journey Perform iaituadalah sebab negara Iraq masih dalam perang, so embassy Malaysia masih belom boleh wujud akibat dari penggulingan Saddam Hussein.

*Journey Perform adalah hak pelajar utk mendapatkan kadar bayaran rendah terhadap ahli keluarga pelajar.. kalau tak ade cop Journey Perform tu kene bayaq rm650 utk setiap passport ahli kluarga yang nk buat visa dependent atas nama pelajar, ia hendaklah melalui malaysia embassy di negara pemohon*

Dan satu hari Ahmed Mohammad datang mohon bantuan, dengan menceritakan ttg isterinya yang bersalin di Hosp Kuala Lumpur, tapi bayi yang dilahirkan pra-matang iaitu tak ckup bulan.. mase tu 4bulan... dan komplikasi pada bayi. Isterinya juga terpaksa melahirkan bayi tersebut secara pembedahan.

Pihak pejabat saya telah berusaha mendapatkan bantuan..sebanyak 2ribu pada pelajar ini.. ini adalah sumbangan peribadi staff dan dari masjid UTM.. Saya telah diarah untuk mendapatkan bantuan dari Pusat Zakat,
talian ke talian di jangkau.. akhirnya....
telah diberi arah ke satu yayasan yang telah ditubuhkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu YAYASAN THAQWA.

Setelah diolah surat supaya bersesuaiaan dengan permohonan, dihantar dan sebagaiamana yang dipinta... mengambil masa jugaklah... amatlah saya berdukacita dengan jawapan yang diberikan.. hanya rm 500.00 sahaja dapat diberikan oleh si pelajar ini....

Ya allah, keciwa saya dengar.. sbb sikit sangat.. kos rawatan dan bil nya subhannallah byk... beribu ringgit.. kasihanilah pelajar kami ni.. menuntut ilmu ni umpama berjihad jugak..

Memandangkan status pelajar ini warga asing, caj yang dikenakan amatlah mahal skali sebab pelajar ini kurang berkemampuan...yerlah nak bayar yuran satu hal, nak tanggung isteri, anak pulak lagi 2orang...

Dan yang paling sedih waktu tengahri tadi, dr bagi tau yang anak die yang kite mohon bantuan keewangan tu dah meninggaldunia.. last week..

Begitu terkesan dalam hati saya nih :(

Mungkin ini amat berat untuk seorang pelajar ni... pernah die nak menitis airmata sebab anak die ni.. waktu tu di hosp kl, saya, bos kecik n kak g pergi ziarah tgk keadaan bayi tu.. waktu tu 4 bulan...mungkin waktu meninggal ni dah usia 9bulan...

Mungkin ini ade hikmahnya..
dan pada saya.. amat terkesan..bersyukur jadi rakyat malaysia!
ade org byk dugaannya dan ade hikmah disebaliknya.. siapa tahu.. tapi die pon dah cube sedaye upaya, mungkin duit yang digunakan telah habis untuk menyelamatkan bayi tersebut (yang pada asalnya mungkin tidak terjangka perkara ini akan berlaku)
tapi kehendak tuhan siapa boleh ingkar...

boleh dgr lagu ni sambil dengar cerita ni
The Cranberries Animal Instinct

Saturday, August 6, 2011

Tanah yang suci!


Memori di Holy Land!

Tengok kaabah, teringat memori mengerjakan UMRAH.
tarikh tersebut 10/1 hingga 20/1 tahun 2009.
Kalau tengok kaabah mesti sayu, rasa macam semalam pergi.

Kalau dengar cerita orang ke tanah suci, teruja rasa.
Rasa nak duduk sana terus pun ada....
Perjalanan saya ke sana bersama bunda & adik.
Kami mengikuti pakej dari Andalusia travel & tours.

Sebelum nak buat umrah, kene pergi kursus dahulu.
Cukupkan ilmu dahulu, pergi ke sana bukan pergi dengan kosong.
Ilmu dalam buku pon boleh, tapi lebih afdol dengar dahulu
dari orang yang bertauliah sebab tak pernah jejak kan kaki
ke sana, so imaginasi tu tak sampai. Hendaknye di usia
24 tahun waktu itu.. darah mude beb.. sabar kene ada,
hati pun kene jaga..mulut pun kene jaga... semua tingkah laku
diperhatikan.

Bila dah sampai, baru boleh pikir oh mcam ni. oh mcm tu....
Lagi best kalau bace sirah nabi.. boleh lah merasai
macamane islam tu berkembang, islam itu dibangunkan,
perjuangan nabi masa zaman tu.....

KUL-JEDDAH
Hari pertama dan 4 hari di MADINAH MUNAWARAH,
dah jam 4,5 pagi... dari jeddah ke madinah ambil masa 4,5 jam.
Hotel kami betul2 dekat dengan pintu masuk jemaah perempuan.
Jalan kaki 5 minit dah sampai... Masa mule-mule tu mmg mengantuk
sebab tune tido dah lari.. tp kalau tertido dlm masjid tu, saya pikir
tido ibadat tu.. nama pon para tetamu.. nabi pon tahu, ummatnye ni
datang dari malaysia...8 jam duduk dalam flight...



nih lah mase kat masjid nabawi, mase ni nak pergi ziarah perkuburan baqi..
*ikut ustaz hj irwin dah ahli rombongan lain.


Sterusnya pakej yang kami ikut ni ada pulak pergi kawasan yang dinamakan
Mada'in Salleh.
Tempat ni ade lah dalam 2,3 jam dari Madinah.
Bermalam 1 malam.. ade lah pergi tgk kawasan
peninggalan kaum Tsamud
yang durhaka dan ingkar perintah allah.

Hari seterusnya, kami bertolak ke MEKAH
Sebelum ke Mekah, kene pergi BIR ALI. Pergi ke BIR ALI untuk pasang NIAT UMRAH.
Bila dah pasang NIAT UMRAH, kite pon kene lah BER-IHRAM.
Dah ihram, mula kan la Talbiah LABBAIKALLAH HUMA LABAIK LABBAKALAH SYARIKALALABAIK
Bir Ali di kawasan Madinah.. Maka bertolak la kami dari Bir Ali
ke Mekah menaiki bas selama 5 jam...
Sampai saja di Hotel, letak barang, terus jejakkan kaki ke MASJIDIL HARAM iaitu dalamnya terletak KAABAH.
*sape yang period, mmg kene pasang niat bersyarat kt bir ali, tp time tu lah kene jage-jage sbb dah niat, so awak tu maseh dlm ihram. Kalau dalam Ihram, kene jage rambut,aurat..

Bila sampai hotel, siap sedia nih nak jejakkan kaki ke kaabah.
Sampai satu saat.. ini lah hari pertama.. saat pertama ke rumah allah.
Sedih, sayu, gembira.. mcm-mcm perasaan muncul.. dan bile mata terpanah
dengan panahan pertama kaabah.. doa lah.. inilah doa paling mustajab,
saat pertama kali mata melihat kaabah.

dan bermula lah umrah pertama yang di ketuai ustaz hj irwin
yang berasal dari medan, indonesia.
Dah pandang kaabah, rasa tak nak pandang lain...
Tak henti, tak bekelip mata nih tgk kaabah..
Mule dengan doa.. tawaf 7 kali..
mase tawaf tu ade doa yang saya ikut buku, bace dlm BM.
Allah kan maha mengetahui, maha bijaksana.

Dah tawaf 7 kali, solat sunnat kt blakang makan ibrahim ni



*kalau dlm tv tgk ade mcm satu kawsan ade replika kecil
dalam tu ade bekas tapak kaki nabi ibrahim mase nk bina kaabah*

Lepas solat sunnat. Bergerak ke satu kawasan dalam masjidil haram..
Tak jauh dari situ.. nama tempat tu safa.

Dari safa itu la baca doa, niat untuk ber sa'ei....
Berjalan kaki ke marwah. 7 kali pusingan. Penghujung nya ialah di marwah.
Dan selepas itu bertahlul... iaitu gunting rambut.
Itu lah akhir ibadah UMRAH kali pertama iaitu untuk diri sendiri..

Umrah kedua pulak buat untuk arwah ayah.. Mohamad Ameri bin Omar

Kali ni pergi sendiri dengan kawan-kawan satu rombongan.
Sebelum pergi sendri, dah bagi tau ustaz.. dah ustaz pon
memberi petunjuk arah mana dan kemana....
Pergi naik bas tambang.
Tambang bas 2 riyal.
Naik bas sampai Tana'im. Kawasan ini adalah Tanah Halal yang
terdekat dgn Mekah..
Selepas solat sunat, pasang niat.
Bergerak semula ke Mekah, kali ini tak naik bas..
naik Van pulak
2riyal jugak.. tapi kali ni, duduk dalam van dengan muslimat
dari pakistan, dari negara lain yang sama-sama nk mengerjakan umrah..
Maka bertahmid lah kami dalam van tersebut... Timbul perasaan
seronok bertahmid dengan kaum muslimat dari negara lain. Ini pengalaman
berharga jugak bagi saya....


Setelah selesai mengerjakan umrah utk kali ke 2 tu... singgah tapaw
kabab daging sebungkus.. dan makan kt bilik..terus tido nyenyak!!

konklusinya mmg perlukan tenaga yang banyak utk mengerjakan umrah ni
Ini baru sikit, belum lagi HAJI.. kalau HAJI..humpp mmg kene ade tenaga
lebih lagi.. so saya pon mengambil iktibar.. betapa kuatnye semangat
pakcik,makcik, terutama arwah onyang yang pergi haji...
ya allah.. respectlah kekuatan mereka menunaikan umrah, haji..
Dan dari itu bermulalah niat saya untuk mengerjakan HAJI pada usia muda.
Insyallah!sekian sahaja, kongsi cerita perjalanan mengerjakan Umrah...
dari Norashikin bte Mohd Ameri
yang ketika itu berusia 24 tahun....
Terima kasih allah..
peluang itu muncul di saat usia sebegitu...
Mohon kuatkan iman menempuh dugaan dunia hebat nih!

Friday, August 5, 2011

Malam ke limo teraweh ramodan :)

#Ini lah mee soup sumbangan si polan bin si fulan
#tak sure nama sape kt board sumbangan moreh masjid kg nakhoda tu.













#kabur sebab tak tahu nape
#teh o suam
-Solosai-

malam ke limo teraweh ;
moreh teh o suam-suam siku
& meehon soup tulang dagiang


kate saya ; 'pakcik, cedok dalam sikik, nak dagiang tu'

bertigo kami mkn mee hoon soup sambil berburak kek mejo
kantin sekolah agama masjid kg nakhoda tu...
berborak bukan ape, pasal teh tarik kaw dah
tak ade lagi tahun ni @_@

esok tak pergi kot, cik rozy tiger nk poie jln tar
ngan kelly osbon..


end *.*

semusim

sekarang ni musim nyanyi dalam you tube, tak payah nk pergi gig lagi......


sekarang ni musim najwa latiff & tasnem tu eh? haha sangat saya tertinggal +_+
saya ingat yuna je..

Ini semua bakat terpendam.. mane tau nnt femes mcm zee avi :)




Ini suara boleh tahan sedap...
tp yang seorang lagi ni...
(cantek orgnye, kalau boleh pergi ke bidang lakonan lah dik yer)
akak ni fans setia LA LUNA..
aduiiiiiiiiiiiiiiiiiii -____-*





Walauapapun, kalian menghiburkan.